Home » Langit Terbuka » JAKIM pertimbang garis panduan program realiti agama

JAKIM pertimbang garis panduan program realiti agama

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mempertimbangkan garis panduan penganjuran program realiti agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Beliau berkata ia akan memberi pemahaman lebih baik serta panduan bersyarat dalam penerbitan program berkenaan.

Katanya, peserta program realiti agama seharusnya menjaga keperibadian.

“Sebagai pendakwah mereka sering menasihati orang lain dan jarang orang menasihati mereka, jadi kita perlu sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penyelidik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini, pada 3 Disember.

Kenyataan Zulkifli itu merujuk kepada isu pendakwah selebriti yang lahir daripada rancangan realiti televisyen dan terpalit dengan kontroversi.

“Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa muhasabah diri dan selagi belum disabitkan bersalah kita tidak boleh menghukum individu berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *