Home » Citra Yadim » Kempen sasar 200 bakul makanan oleh YADIM Sabah

Kempen sasar 200 bakul makanan oleh YADIM Sabah

KOTA MARUDU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 2 Disember telah melancarkan  Kempen Menyumbang Bakul Makanan Untuk Asnaf, Anak Yatim, Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik di masjid At Taqwa di sini.

Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Kempen ini mensasarkan untuk mengumpul 200 bakul makanan berupa beras, telur, gula , tepung dan sebagainya untuk diagihkan kepada 200 keluarga.

Inisiatif ini dijalankan selama seminggu dan bermula minggu hadapan penghantaran kepada penerima akan bermula.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki menyeru orang ramai tampil untuk menyumbang kepada kempen ini. Penyumbang boleh datang  ke masjid At Taqwa, pejabat JHEAINS, pejabat USIA dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu untuk menyerahkan barangan sumbangan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *