Home » Langit Terbuka » Jemaah diminta patuh arahan ambil dos penggalak

Jemaah diminta patuh arahan ambil dos penggalak

Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi dos penggalak adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi - Foto Arkib

Kuala Nerus – Semua jemaah diminta patuh arahan pengambilan dos penggalak bagi menunaikan ibadah umrah berkuat kuasa 14 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi.

“Kita nak pergi tempat mereka, jadi perlu ikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa di sana.

“Kalau tiada dos penggalak, maka, jemaah tidak boleh menunaikan umrah,” katanya selepas merasmikan Multaqa Murabbi Ummah Terengganu 2022 di Masjid Seberang Takir di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jemaah umrah diwajibkan mengambil dos penggalak manakala person-in-charge daripada ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik dan semasa di pintu masuk antarabangsa Malaysia.

Satu lagi SOP baharu berkuat kuasa tarikh sama ialah jemaah umrah dibenarkan menjalani menjalani kuarantin wajib di kediaman tanpa kelulusan Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).

Terdahulu, Arab Saudi turut mewajibkan jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang ingin menziarahi Tanah Suci mengemukakan keputusan negatif ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) Covid-19, bermula semalam. – Utusan Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *