Home » Citra Yadim » YADIM – IPSI kongsi pengalaman gerak kerja dakwah

YADIM – IPSI kongsi pengalaman gerak kerja dakwah

GEORGETOWN – Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) merupakan sebuah pertubuhan yang aktif melaksanalan gerak kerja dakwah kepada golongan Not Yet Muslim di negara ini.

Bertitik tolak daripada hasrat melestari gerakan dakwah yang akan lebih digiatkan pada tahun ini, YADIM pada 10 Februari telah mengadakan lawatan kerja kepada pertubuhan berkenaan.

Rombongan YADIM yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrusin Hassan telah disambut oleh Presiden IPSI sendiri,  Dato’ Haji Kamarudin Abdullah. Hadir sama ialah Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Najhan Shahir Halim dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Dalam pertemuan ini, Dato’ Haji Kamaruidn Abdullah telah membentangkan program program yang telah dilaksanakan pihaknya serta perancangan masa hadapannya seperti pemilikan bangunan sendiri dan sebagainya.

Yang Dipertua YADIM berkata, pihaknya teruja dengan gerak kerja IPSI dan berkata banyak yang boleh YADIM pelajari dan aplikasikannya dalam usaha melestari gerakan dakwah.

Kedua pihak saling bertukar pandangan dalam bidang dakwah menerusi kunjungan ini dan setuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *