Home » Citra Yadim » KEM Kenegaraan Mahasiswa Madani oleh KEMUDA YADIM

KEM Kenegaraan Mahasiswa Madani oleh KEMUDA YADIM

KEM Kenegaraan Mahasiswa Madani buat julung kalinya dianjurkan oleh Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) dengan kerjasama pertubuhan Asatizah Negeri Selangor (ANAS) pada 18 November di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat.
Kem yang dianjurkan selama tiga hari dua malam ini bertujuan melahirkan mahasiswa yang cakna tentang perkembangan semasa dan kenegaraan dengan prinsip nilai teras Malaysia Madani.
Selain itu, ia bertujuan membentuk pemikiran siasah yang holistik seterusnya memupuk akhlak dan adab dalam bernegara agar menjadi pelapis kepemimpinan negara yang berkarisma tinggi.
Seramai 40 mahasiswa daripada Institut Pendidikan Guru Pendidikan Islam, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, UniKL dan Universiti Sains Islam Malaysia menghadiri kem ini.
Ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, menyentuh tentang kepentingan mahasiswa dalam memahami kepentingan siyasah syariah dan semangat kenegaraan dalam menentukan hala tuju negara tercinta.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Asatizah Negeri Selangor, Ustaz Marwan Bukhari Ab Hamid dan Pengarah Bahagian KEMUDA, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *