Home » Citra Yadim » Program Khidmat Komuniti MADANI di Gombak

Program Khidmat Komuniti MADANI di Gombak

PELBAGAI Agensi termasuk YADIM, berganding bahu menyantuni komuniti Kampung Simpang Tiga, Gombak dan penduduk sekitar dalam Program Khidmat Komuniti MADANI pada 18 November.
Disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari, program sehari ini menyaksikan pihak seperti YADIM, Dana Kita, Majlis Perbandaran Selayang, Klinik Kesihatan Gombak Setia, Balai Polis Gombak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak turun padang mengadakan pelbagai aktiviti untuk penduduk.
Turut tidak ketinggalan ialah Kelab Komuniti dan Kecergasan Gombak, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Majlis Pembangunan Komuniti Kampung, Masjid As-Sharif, KAFA As-Sharif, Tabika KEMAS dan MARA Corporation.
Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Rewang Kenduri Rakyat, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Kesedaran Denggi, Mobile Lab dan Van Buku, gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kampung Changkat dan Masjid As-Sharif serta pertandingan masakan.
Khusus untuk program ini, YADIM membuka reruai pameran, sumbangan buku Sirah Nabawiyah dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Khusnaini Mongin.
YADIM dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Berlian juga terlibat dengan pembersihan Kubur Kampung Changkat.
Turun padang ke program ini ialah Pengarah YADIM Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *