Home » Citra Yadim » Kembara bermotosikal sambil menyantuni yang memerlukan

Kembara bermotosikal sambil menyantuni yang memerlukan

SIJANGKANG – Sambutan kemerdekaan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada tahun ini menyaksikan mereka mengadakan acara kembara bermotosikal sambil menyantuni golongan yang memerlukan di sini.

Diadakan dengan kerjasama Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) di sini, acara ambang merdeka dimulakan dengan bacaan selawat dan munajat yang diadakan di ruang legar rumah tersebut pada 30 Ogos.

Keesokannya, 20 buah motosikal yang idhiasi Jalur Gemilang memulakan acara kembara yang dilepaskan oleh Pengerusi RAYAS, Haji Asrin Ishak.

Sebanyak 10 buah rumah di sini dan Kampung Kebun Bharu disantuni dalam acara kembara ini menerusi pemberian barangan keperluan dapur.

Antara yang disantuni termasuklah warga emas dan sebuah keluarga yang terdiri daripada lima beradik orang kelainan upaya.

Perjalanan kembara dipermudahkan dan menerima sokongan masyarakat apabila ramai yang memberi laluan dan ada yang melaungkan merdeka apabila tersua dengan mereka.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *