Home » Citra Yadim » Kembara Cuci-cuci Musolla YADIM di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock

Kembara Cuci-cuci Musolla YADIM di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock

KUCHING – Kembara Cuci-cuci Musolla Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak kini memasuki minggu keenam.

Lokasi terkini program ini ialah di Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock di sini pada 10 November.

Kerja cuci-cuci musolla dilakukan pada jam 10 pagi dengan disertai seramai lima orang kakitangan YADIM termasuk sukarelawan Yadim.

Selain daripada membersihkan musolla, kerja-kerja sanitasi turut dilakukan di ruangan musolla dan tandas.

Yadim Sarawak turut menyumbang sejadah, telekung dan kain pelikat kepada pihak pengurusan Musolla Stesyen Minyak Petronas Jalan Ban Hock.

Pihak YADIM Sarawak merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Stesen Minyak Petronas Jalan Ban Hock, Tuan Asmawi Mohammad serta kakitangan beliau di atas kerjasama yang diberikan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *