Home » Langit Terbuka » Keputusan SPM 2019 diumumkan 5 Mac

Keputusan SPM 2019 diumumkan 5 Mac

Semua calon SPM 2019 boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada 5 Mac. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac nanti.

Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan dan 8,320 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain itu, 8,317 adalah calon sekolah menengah agama negeri; 2,209 adalah sekolah menengah agama rakyat; manakala 14,203 adalah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; dan 26,357 adalah calon Persendirian.

Menurut kenyataan dikeluarkan KPM, semua calon SPM 2019 boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” tambahnya.

Sementara itu, semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMAngkaGiliran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 5 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 11 Mac.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *