Home » Langit Terbuka » Kerajaan sedia bincang perhebat MOJA ke seluruh negara

Kerajaan sedia bincang perhebat MOJA ke seluruh negara

Buat masa ini Aplikasi Mobil Jejak Asnaf hanya terhad di Wilayah Persekutuan, namun ia bersedia untuk dibentangkan kepada mereka yang berkaitan pada peringkat kerajaan negeri. - Foto MAIWP

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia untuk berbincang dengan majlis agama negeri dalam usaha menyebarluaskan Aplikasi Mobil Jejak Asnaf (MOJA) yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu golongan asnaf di seluruh Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sejak aplikasi itu dilancarkan pada Jun lalu, Baitulmal MAIWP telah menerima sebanyak 102 laporan dan 64 daripadanya berjaya diselesaikan.

“Jadi, kita berharap aplikasi ini dapat diperkasakan lagi dengan sasaran penyelesaian sekitar 70 sehingga 80 peratus melibatkan sebanyak 100 kes sebulan.

“Buat masa ini MOJA hanya terhad di Wilayah Persekutuan, namun kita bersedia untuk membentangkan aplikasi ini kepada mereka yang berkaitan pada peringkat kerajaan negeri khususnya majlis agama negeri bagi menyantuni golongan asnaf.

“Kita juga berhasrat untuk melakukan kolaboratif bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menyelaraskan untuk membantu golongan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ziarah dan Penyampaian Bantuan MAIWP kepada adik Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Aminah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mimi Loma di kediamannya dekat Flat PPR Seri Semarak, Setapak di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon; Timbalannya, Mohd Nizam Yahya dan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Vateran Malaysia (PKAVM), Datuk Tomiran Mohd Kasdi. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *