Home » Langit Terbuka » Konvensyen Malaysia Rahmah Perlis bendung fahaman melampau

Konvensyen Malaysia Rahmah Perlis bendung fahaman melampau

KANGAR – Konvensyen Malaysia Rahmah peringkat negeri Perlis yang bakal diadakan pada 11 Julai ini, bertempat di Hotel Putra Regency, di sini mempunyai objektif untuk membendung fahaman melampau khususnya dalam kalangan
masyarakat.
Pada masa yang sama, ia bertujuan memahamkan masyarakat Perlis tentang konsep dan penghayatan Rahmatan Lil Alamin dalam konteks pentadbiran hal ehwal Islam dan interaksi antara sesama warga yang pelbagai kaum dalam realiti Malaysia kini.
Ia merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Akademi Nunji, Skuad Sukarelawan Al-Rahmah Perlis, Pertubuhan Kebajikan Komuniti Perlis dan Masjid Kampong Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dijangka akan menyampaikan ucaptama program pada jam 9 pagi, sebelum Ahli Majlis Agama Islam Melaka, Ustaz Musa Mohamad menyampaikan pidato bertajuk ‘Kepelbagaian: Rahmat Tuhan’.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sebuah Forum bertajuk ‘Setahun Malaysia Baharu: Pencapaian Dan Cabaran’. Forum ini akan menampilkan ahli panel yang terdiri dari wakil dari Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jamzuri Ardani, Ahli Parlimen Kangar, Yang Berhormat Tuan Amin Ahmad dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Wan Kharizal Wan Khazim.
Perasmian penutupan konvensyen pula bakal disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sena, Yang Berhormat Asrul Nizam Abdul Jalil.
Orang ramai dijemput hadir mengimarahkan majlis ilmu ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *