Home » Langit Terbuka » Kenyataan Media Terhadap Isu Sabitan Akta Hasutan Terhadap Ustaz Wan Ji  

Kenyataan Media Terhadap Isu Sabitan Akta Hasutan Terhadap Ustaz Wan Ji  

KUALA LUMPUR – Pihak Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin menyatakan rasa simpati kepada Al Fadhil Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Ahli NUIM di atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Julai.

Ustaz Wan Ji adalah seorang penggerak dakwah dan kejujuran serta dedikasi nya sudah terbukti sepanjang penglibatan beliau dalam pengislahan masyarakat.

NUIM tetap menjunjung keluruhan Perlembagaan dan menghormati proses perundangan negara.

Pihak NUIM akan membantu setakat yang termampu bagi membantu keluarga Ustaz Wan Ji dan telah menubuhkan tabung bagi tujuan tersebut.

Pihak kami turut menyokong usaha meneruskan tindakan rayuan terhadap keputusan tersebut bagi memastikan pembelaan dan keadilan terhadap pihak yang terlibat dapat ditegakkan.

Dato’ Dr Abdul Halim Yusof
Pengerusi NUIM -YADIM
10 Julai 2019

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *