Home » Langit Terbuka » Malaul ‘ala di dalam al-Quran tiada kena mengena dengan orang Melayu

Malaul ‘ala di dalam al-Quran tiada kena mengena dengan orang Melayu

Mufti Perlis berkata, perkataan Malaul ‘ala yang banyak ditemukan di dalam al-Quran juga membawa maksud yang tidak baik

KANGAR – Perkataan malaul ‘ala di dalam al-Quran tiada kena mengena dengan orang Melayu, sebaliknya merujuk kepada pembesar yang mempunyai pengikutnya yang sombong dan menentang para rasul.

Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perkataan itu yang banyak ditemukan di dalam al-Quran juga membawa maksud yang tidak baik.

Beliau sehubungan itu menafikan dakwaan bahawa perkataan Melayu ada disebut di dalam kitab suci berkenaan.

“Jika malaul ‘ala (yang dirujuk seorang individu lalu tular di media sosial baru-baru ini), maka malanglah kerana perkataan itu membawa maksud tidak baik. Saya fikir dia (individu itu) perlu baca balik al-Quran,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini.

Mohd. Asri diminta mengulas dakwaan seorang individu yang tular baru-baru ini, bahawa bangsa Melayu ada disebut di dalam al-Quran, iaitu berasal daripada perkataan malaul ‘ala. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *