Home » Langit Terbuka » Malaysia negara Islam contoh

Malaysia negara Islam contoh

PUTRAJAYA 12 Julai – Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi, memuji Malaysia sebagai negara Islam contoh dengan menyatakan bahawa Malaysia menggambarkan imej indah negara Islam kontemporari.

Beliau berkata, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam yang berjaya lagi maju di kalangan dunia Arab walaupun menghadapi “situasi yang amat sukar” disebabkan komposisi masyarakatnya yang berbilang kaum.

“Walaupun Malaysia adalah negara berbilang budaya terdiri daripada penduduk berlainan agama dan kaum, semangat kewujudan bersama wujud antara masayarakat Islam dan bukan Islam yang hidup dalam suasana aman.

“Ini amat penting untuk membuktikan bahawa Islam boleh mengurus dan wujud melalui kemajmukan dan bahawa perang saudara adalah tidak perlu. Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa Islam boleh wujud walaupun dalam situasi yang sangat rumit,” kata beliau kepada pemberita di sini malam tadi semasa taklimat khas media sempena lawatannya ke Malaysia.

Ghannouchi juga berkata, rakyat Malaysia telah berjaya mencari identiti nasional bersama walaupun masyarakatnya bersifat pragmatisme dan pluralisme dan mengucapkan tahniah kepada negara atas kejayaan meningkatkan dan mengukuhkan identiti nasional demi menjamin kewujudan bersama mereka berterusan.

Ghannouchi, 76, kini dalam rangka lawatan tujuh hari ke Malaysia sebagai tetamu negara bermula Ahad atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau adalah seorang pemikir Islam terkemuka yang hidup dalam buangan selama 22 tahun semasa pemerintahan diktator di Tunisia.

Pemimpin Islam yang sederhana menghadiri mesyuarat selama tiga jam dengan Najib semalam dan semasa lawatan, mereka membincangkan isu-isu yang menyentuh umat Islam di seluruh dunia dan mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Tunisia. – Bernama

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *