Home » Citra Yadim » Marhaban Ya Ramadan Cuci-cuci Surau Yayasan Tun Ali

Marhaban Ya Ramadan Cuci-cuci Surau Yayasan Tun Ali

RAMADAN Bakal tiba tidak lama lagi dan bagi menyambutnya, Sukarelawan YADIM (SAY) Melaka telah bekerjasama dengan Surau Yayasan Tun Ali, menganjurkan program Marhaban Ya Ramadan Cuci-cuci Surau Negeri Melaka.

Program pada 11 Februari ini tidak lain bertujuan mempersiapkan Surau Yayasan Tun Ali, Ayer Keroh bagi menyambut bulan Ramadan Al Mubarak.

Dimulakan dengan Solat Dhuha berjemaah, 36 sukarelawan yang menyertai program ini kemudiannya mendengar perkongsian tazkirah bertajuk ‘Ramadhan Yang Dinanti’ disampaikan oleh Saudara Syabil Jihad.

Aktiviti pembersihan surau dimulakan dengan mengecat dinding surau bersama-sama dan akhirnya menyusun atur kelengkapan surau bagi tujuan keceriaan serta kekemasan.

Diharapkan menjelang Ramadan yang bakal tiba, jemaah dapat melakukan ibadah dengan selesa serta mendapat kenikmatan beribadah.

Turut hadir ialah Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *