Home » Citra Yadim » Menangi hadiah cabutan bertuah menarik di gerai YADIM

Menangi hadiah cabutan bertuah menarik di gerai YADIM

PUTRAJAYA – Orang ramai yang mengunjungi gerai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Karnival Rahmah 2019, yang kini sedang berlangsung di Presint 3 di sini, berpeluang memenangi hadiah hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Antara yang ditawarkan termasuklah periuk nasi elektrik, ketuhar, hamper dan pelbagai lagi.

Ianya ditawarkan menerusi cabutan bertuah dan kuiz mudah kepada para pengunjung gerai YADIM dalam Karnival Rahmah 2019 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 27 September.

Penganjuran karnival ini membawa mesej kasih sayang dan hidup dalam suasana harmoni di negara ini dengan setiap gerai pameran mempunyai enam nilai utama RAHMAH iaitu Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat.

Karnival ini dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, berkonsepkan edutainment yang menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat. Ia berlangsung hingga 29 September ini.

Dalam pada itu, selain cabutan bertuah dan kuiz, gerai YADIM juga menyediakan permainan tradisional, informasi terkini program program anjurannya, dan penjualan buku buku terbitan badan dakwah ini.

Antara yang boleh didapati di gerai YADIM di karnival ini termasuklah buku paling laris terbitannya, Sirah Nabawiyah. Gerai YADIM dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang Karnival Rahmah ini.

Selain YADIM, agensi agensi agama Islam persekutuan lain yang menyertai karnival ini termasuklah Tv Al Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dan banyak lagi.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *