Home » Citra Yadim » YADIM kekal ketidakpatuhan sifar 4 tahun berturut turut

YADIM kekal ketidakpatuhan sifar 4 tahun berturut turut

PUTRAJAYA – Telus dan bersih dalam melestari gerakan dakwah. Hasil amalan pengurusan yang baik membolehkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengekalkan pencapaian Sifar Ketidakpatuhan (0 NCR) dalam Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Kejayaan untuk kali keempat berturut turut ini dicapai selepas badan dakwah ini selesai diaudit oleh Aja Eqs Certification (M) Sdn. Bhd pada 5 Januari, yang telah diselaraskan oleh Unit Audit dan Kualiti YADIM.

Audit kali ini melibatkan Unit Audit dan Kualiti, Bahagian Akaun, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Media dan Teknologi Dakwah dan Bahagian Penerbitan.

Terlibat sama ialah Bahagian Kepimpinan Muda, Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Bahagian Khidmat Bakti dan Unit Keurusetiaan.

Hadir dalam sesi penutup audit bagi tujuan rumusan ialah Pengarah Kanan Sektor Pengurusan YADIM, Suhaila Sahibul Ghani.

Auditor bertanggungjawab kali ini ialah Nur Ain Abd Wahab dan Airina Warshaf. Sesi Audit seterusnya akan diadakan pada Disember ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *