Home » Langit Terbuka » OKU berpeluang mengerjakan haji percuma

OKU berpeluang mengerjakan haji percuma

Tabung Haji mempunyai program kebajikan khas untuk memberi peluang kepada golongan OKU mengerjakan haji secara percuma. - Foto : Lobak Merah

BALING : Tiada perubahan ke atas kos mengerjakan haji oleh jemaah negara ini termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Namun, sekiranya golongan itu benar-benar tidak berkemampuan, Tabung Haji ada program kebajikan khas untuk memberi peluang kepada golongan tersebut mengerjakan haji secara percuma.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, untuk menerima manfaat itu, golongan OKU perlu mendaftar dengan Tabung Haji terlebih dahulu.

“Harga Tabung Haji ni RM22,000 lebih, subsidi pun dah RM12,000 lebih. Jadi kita termurah iaitu RM9,980. Tapi kalau orang tu OKU, kalau tidak ada kemampuan dan sebagainya dan kalau betul-betul dia nak pergi, kita juga ada satu program kebajikan khas yang kita beri peluang buat haji percuma kepada OKU.

“Tapi dia mesti daftar dengan Tabung Haji, kena ada akaun Tabung Haji… RM10 pun tak apa. Kita ada program program seumpama tu,” jelas Abdul Azeez kepada pemberita pada Majlis Walimatulurus Perdana di Dewan Tun Abdul Razak, pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, golongan OKU boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program khas itu di pejabat Tabung Haji bagi mengelakkan ditipu oleh mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan.

Tabung Haji memperuntukkan sehingga RM260 juta sebagai subsidi setiap kali musim haji.

Setakat ini, setiap bakal jemaah haji di Malaysia hanya perlu membayar RM9,980 seorang untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, biarpun berlaku peningkatan kos setiap tahun. – BERITA HARIAN

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *