Home » Langit Terbuka » PDRM kekang aktiviti penyebaran Syiah

PDRM kekang aktiviti penyebaran Syiah

PDRM mempunyai maklumat mengenai gerakan kumpulan Syiah yang dipercayai menyebarkan risalah kepada orang ramai secara terbuka di sekitar bazar di ibu negara. - Foto The Coverage.com

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama erat dengan penguat kuasa agama negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengekang aktiviti mengembangkan fahaman Syiah di negara ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan, pihaknya mempunyai maklumat mengenai gerakan kumpulan Syiah yang dipercayai menyebarkan risalah kepada orang ramai secara terbuka di sekitar bazar di ibu negara.

“Aktiviti itu adalah tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Polis mempunyai maklumat berhubungan perkara ini dan kita yakin dapat tangani sebaiknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia, di sini hari ini (15 Mei).

Majlis tersebut menyaksikan Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, manakala isterinya, Datin Farihah Mohd. Zamri dilantik sebagai Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia.

Terdahulu, tular dakwaan di Facebook mengenai kegiatan kumpulan Syiah yang bergiat aktif melakukan aktiviti penyebaran risalah “Who Is Hussain?’ kepada orang ramai secara terbuka terutama di kawasan bazar sekitar ibu negara supaya orang ramai melawat laman web tersebut yang menjadi doktrin ‘jambatan menyelesakan’ ajaran Syiah. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *