Home » Langit Terbuka » Pengasas Pondok Pak Teh Mad meninggal dunia

Pengasas Pondok Pak Teh Mad meninggal dunia

Menurut cucu Allahyarham menerusi Facebook, Man Abdul, datuknya telah menghembuskan nafas terakhir di sisi doktor yang merawatnya. - Foto FB

PETALING JAYA – Ulama Kedah yang juga pengasas Pondok Ahmadiah Kuala Nerang (Pondok Pak Teh Mad), Ahmad Muhammad Noor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Nerang, Kedah pada pukul 12.57 pagi tadi.

 

Jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh pihak hospital mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan akan dibawa ke tanah perkuburan Masjid Padang Gelanggang, Kuala Nerang untuk urusan pengebumian.

 

Waktu pengebumian akan dimaklumkan selepas mendapat pengesahan dari pihak hospital.

 

Menurut cucu Allahyarham menerusi Facebook, Man Abdul, datuknya telah menghembuskan nafas terakhir di sisi doktor yang merawatnya.

 

“Tokwan saya atau dikenali Tok Ayah Telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.57 pagi ini 15/09/21 bersamaan 08 Safar 1443H di Hospital Kuala Nerang di sisi Dr. Bukhari yang merawat,” katanya. – Utusan Online

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *