Home » Citra Yadim » Pengayuh beca, pemandu, pengusaha van sekolah disantuni Kelab Bank Islam, YADIM

Pengayuh beca, pemandu, pengusaha van sekolah disantuni Kelab Bank Islam, YADIM

KUALA NERUS – Kerjasama menyantuni rakyat oleh Kelab Bank Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan pula ke negeri ini.

Penyerahan  dilaksanakan di dua lokasi di negeri ini pada 15 September.

Di lokasi pertama di sini, seramai 27 pengayuh beca dari daerah ini dan Kuala Terengganu disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Pengurus Perhubungan Pelanggan Bank Islam Terengganu, Nik Muhd Nasuha Nik Razin.

Para pengayuh beca pula diwakili oleh Abd Wahab -Abd Rahman. Beliau mewakili rakan rakannya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Bank Islam dan YADIM yang cakna dengan kesukaran dihadapi mereka.

Selesai di Kuala Nerus, program diadakan pula di Kemaman yang menyaksikan 32 ahli persatuan pemandu dan pengusaha van serta bas sekolah, juga menerima barangan keperluan harian.

Hadir sama ke majlis ini ialah wakil komuniti Megat Suhaimi Megat Idrus.

Sebelum ini, kerjasama antara kedua pihak ini juga telah memberi manfaat kepada pelbagai pihak di Kuala Lumpur, Melaka dan Sabah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *