Home » Langit Terbuka » Kerajaan sedang draf RUU 355

Kerajaan sedang draf RUU 355

Sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 sedang didraf oleh kerajaan.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas ia dimuktamadkan, RUU tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

“Sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355.

“Ia bagi melihat pelbagai aspek khususnya perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia. – Utusan Online

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *