Home » Citra Yadim » Program Bicara Minda Malaysia Madani dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

Program Bicara Minda Malaysia Madani dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

YADIM Kelantan terus komited memberikan kefahaman kepada pelbagai lapisan masyarakat berkaitan Gagasan Malaysia Madani.
Justeru, Program Bicara Minda Malaysia Madani dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama telah dianjurkan secara bersama oleh YADIM Kelantan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok pada 19 November di surau IKTBN berkenaan.
Pengisian program adalah ceramah “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” yang disampaikan oleh Penolong Pengarah MKN Negeri Kelantan, Encik Zakuan Nawi dan ceramah “Menghayati Nilai Malaysia Madani” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Prof Madya Dr. Nur Azuki Yusuff.
Hadir ke program ini ialah Pengarah IKTBN Bachok, Encik Mohd Soufi Mohd Ibrahim manakala YADIM Kelantan diwakili Penolong Pegawainya, Encik Mohd Rozimi Awang.
Seramai 210 orang peserta terdiri daripada siswa IKTBN Bachok menghadiri program ini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *