Home » Langit Terbuka » Program mandi jenazah cari pelapis

Program mandi jenazah cari pelapis

Sebahagian peserta bergambar selepas menyertai kursus mandi jenazah wanita di Kampung Padang Nyior semalam.

KUALA NERANG – Seramai 80 peserta wanita dari Jemaah Masjid Kampung Padang Nyior, Mukim Padang Terap Kiri di sini, menghadiri kursus penyelenggaraan jenazah wanita di dewan masjid itu,  semalam.

Penyelaras program, Masri Awang Kechik berkata, pihaknya sangat gembira dengan sambutan yang diberikan penduduk di kampung itu bagi mendalami  kursus jenazah tersebut.

Katanya, kursus itu dianjurkan Kelab Warga Emas dan Kelab Bacaan Yasin Kampung Padang Nyior bagi tujuan mencari pelapis pada masa akan datang.

“Saya berharap dengan kursus yang diadakan seperti ini, anak kariah di kawasan ini tidak perlu lagi menggunakan kepakaran luar untuk memandikan jenazah terutamanya kepada ibu bapa mereka sendiri. Adalah lebih baik lagi jika ada ibu bapa yang meninggal dan anaknya sendiri akan menyelenggarakan mayat kedua ibu bapanya itu,” katanya.

Penyertaan wanita yang sungguh menggalakkan ini juga diharap dapat mengatasi masalah kekurangan juru mandi jenazah wanita yang sering dihadapi di akhir-akhir ini.

Katanya, kaum wanita terutamanya golongan muda perlu mempelajari dan mewarisinya supaya tidak ketandusan juru mandi jenazah pada masa hadapan.

Kursus itu disampaikan penceramah Pemaju Masyarakat Bina Insan Parlimen Pokok Sena, Haton Saad yang turut mengajar tentang teknik teori dan praktikal kepada peserta bagi memandikan jenazah wanita. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *