Home » Langit Terbuka » Lepas sakit jantung, Ustaz Kazim selesa elak peminat

Lepas sakit jantung, Ustaz Kazim selesa elak peminat

Ustaz Kazim Elias

KUALA LUMPUR, 8 April ― Beberapa ustaz selebriti popular mengakui berdepan pelbagai karenah peminat dan bentuk gangguan sepanjang kerjaya mereka.

Mereka juga terpaksa berhati-hati bagi mengelak fitnah khususnya apabila diminta bergambar dengan wanita, lapor Harian Metro.

Sejak diserang masalah jantung, penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias mengakui beliau berasa “sudah penat” dan “tidak selesa” dikerumuni peminat.

Beliau sering diminta bergambar dengan peminat pelbagai kaum di mana-mana sahaja beliau pergi sehingga menyifatkan privasinya “sudah tidak ada”.

“Bukan kata saya sombong atau sengaja mahu mengelak peminat tetapi ada masanya saya tidak selesa,” katanya seperti dilapor.

“Sejak diserang masalah jantung, saya kerap tidak sihat dan tidak boleh berdiri lama kerana kaki kiri tidak kuat macam dulu lagi.”

Beliau sering mengelak dikerumuni kini telah mengupah dua pengawal keselamatan di samping dengan memakai penutup mulut dan berserban elak dikenali.

Jika dijemput berceramah, beliau yang aktif berdakwah sejak 1990, menggunakan jalan bukan orang kenamaan untuk mengelak dikerumuni.

“Saya selesa menggunakan laluan lain, orang akan sedar apabila saya tiba-tiba muncul atas pentas berikan ceramah,” katanya.

Sementara itu, populariti Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim selaku pendakwah dalam program TV dan YouTube, mencatat ramai pengikut di media sosial.

Ketua hal ehwal jaringan industri dan masyarakat Fakulti Pengajian Islam UKM juga amat berhat-hati mengenai setiap soalan yang diajukan.

Beliau juga mengelak menjawab soalan yang melangkaui bidang kepakaranya mengenai hukum fatwa kerana khuatir ia boleh mendatangkan fitnah.

“Seperti meminta saya menerangkan sesuatu perkara hingga melangkaui bidang kuasa hakim mahkamah syariah atau sivil, saya tidak akan jawab.

“Saya juga akui memang pernah menerima gambar lucah sama ada daripada wanita, lelaki mahupun mak nyah tetapi semuanya diabaikan,” katanya.

Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi juga pula amat menjaga batas pergaulan dengan kedudukan bergambar dengan wanita pada jarak tertentu.

“Jika kebetulan isteri ada bersama ketika itu, biasanya saya akan perkenalkannya kepada peminat dan mengajak dia bergambar bersama peminat saya.

“Walaupun isteri, dia bukan jenis cemburu tetapi sebagai suami, saya perlu tahu batas-batas hukum pergaulan dan tidak melukakan hati isteri saya,” katanya. – MALAY MAIL

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *