Home » Citra Yadim » Program Pemukiman TOT MADANI

Program Pemukiman TOT MADANI

SELARAS Dengan teras dan inisiatif mencapai hasrat Malaysia Madani, YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama ABIM, WADAH dan PKPIM telah menjalankan program Pemukiman TOT MADANI baru-baru ini.
Program tersebut telah dijalankan selama tiga hari dua malam di Pusat Latihan Urus Zakat (PULAZA) Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Februari lalu.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof Madya Dr. Adi Anuar Azmin.
Antara panel perunding bagi program tersebut ialah pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti Haji Naharudin Abdullah, Prof. Dr. Ahmad Rahman Songip, Prof. Dato’ Dr. Kamarulazizi Ibrahim, Dr. Mohd Azhar Bahari dan Dr. Abdul Malik Abdul Shukor dari Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar dan Tadbir Urus (IITQAN).
Program tersebut telah menggabungkan penglibatan 50 peserta di peringkat wilayah utara yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *