Home » Citra Yadim » DMY siri 2 terima watikah pelantikan

DMY siri 2 terima watikah pelantikan

PUTRAJAYA – Seramai 22 pelatih Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) menerima watikah pelantikan mereka pada 12 Mac.

Kumpulan seramai 11 lelaki dan 11 wanita ini merupakan mereka yang terpilih menjalani latihan selaku DMY Siri 2 daripada 125 permohonan yang diterima.

Watikah pelantikan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam Majlis Perasmian dan Watikah Pelantikan di ibu pejabat YADIM di sini.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsudin Moner serta pengurusan kanan badan dakwah ini.

Dalam ucapannya, Nik Omar menekan kepentingan tanggungjawab DMY selaku pendakwah muda untuk menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada masyarakat.

DMY juga pada masa yang sama perlu menunjukkan teladan baik untuk rujukan semua, kata beliau.

“Isu utama yang berlaku di banyak kepimpinan ialah teladan. (Mereka) boleh ceramah dengan baik, tapi sukar untuk tunjukkan teladan baik. Ini yang DMY perlu utamakan,”ujarnya.

Mereka yang menerima watikah berkenaan akan menjalani latihan bersama YADIM selama tiga bulan. Institut Latihan Dakwah Yadim di Semungkis, Hulu Langat akan menjadi pusat utama latihan DMY, selain di Universiti Multimedia (MMU), yang mana mereka merupakan rakan kerjasama bagi program ini.

Selain MMU yang akan menumpukan aspek teknologi, kerjasama juga dijalin dengan TV Al Hijrah bagi siri ini dengan hasrat untuk melahirkan tekno daie pintar berkomunikasi bagi tujuan dakwah.

Para pelatih juga akan menjalani latihan di beberapa pusat kebajikan sebagai amali lapangan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *