Home » Langit Terbuka » Sambutan Maulidur Rasul 2018 Selasa ini di PICC

Sambutan Maulidur Rasul 2018 Selasa ini di PICC

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijadual menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul 2018M (1440H)

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 (1440 Hijrah) akan diadakan pada hari Selasa depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dekat sini.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijadual menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut.

Yang turut akan hadir, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan beberapa menteri Kabinet yang lain.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, tema penganjuran sambutan tahun ini adalah ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.

“Kemuncak sambutan adalah penyampaian anugerah kepada seorang penerima Anugerah Perdana dan empat orang penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

“Maulidur Rasul kali ini akan disertai oleh kira-kira 4,000 peserta kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar institut pengajian tinggi dan sekolah,” katanya.-Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *