Home » Citra Yadim » Seminar Bicara Keluarga Rahmah Kota Kinabalu

Seminar Bicara Keluarga Rahmah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Seminar Bicara Keluarga Rahmah Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan ke bandar raya ini pula.

Bertempat di Dewan Sri Khazali, Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini pada 25 November, lebih 100 pegawai dan kakitangan jabatan tersebut menghadiri seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi.

Sebahagian peserta juga terdiri daripada kakitangan bukan Muslim jabatan berkenaan.

Seminar mengenai pengurusan kewangan dan pengukuhan kekeluargaan ini menampilkan beberapa orang penceramah terkenal bagi menarik perhatian hadirin.

Slot pertama diisi oleh pakar kewangan Islam, Rohani Dato’ Shahir sebelum Pengurus Kanan Amanah Raya Berhad, Usman Hamid mengadakan sesi beliau.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Forum Keluarga Rahmah membawakan tajuk ‘Semakin Hari Semakin Sayang’.

Penceramah bebas, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dan Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim merupakan ahli panel bagi forum ini manakala Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud bertindak selaku moderator.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki memberikan ucapan pembukaan bagi majlis ini manakala Timbalan Pengarah Kastam (Operasi Penguatkuasaan), Dr Taufik Sulaiman menyampaikan ucapan aluan.

Hafidzah kemudiannya merasmikan majlis ini.

Hadir sama ke program ini ialah Timbalan Pengarah Kastam (Operasi Percukaian Dalam Negeri) , Deep Singh Gopal Singh, Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Razali Hut.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian NGO, Mohd Fitri Aziz Yusof.

Sebelum Kota Kinabalu, seminar ini telah diadakan di kastam Putrajaya, Kuantan dan Sungai Petani.

Selain Kastam, seminar yang sama juga telah dianjurkan untuk kakitangan badan beruniform yang lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *