Home » Langit Terbuka » Srikandi Palestin terima penghormatan Real Madrid

Srikandi Palestin terima penghormatan Real Madrid

Remaja berusia 17 tahun itu bersama bapanya, Basim Tamimi dijemput ke Stadium Santiago Bernabeu di Madrid di mana dia bertemu bekas penyerang Emilio Butragueno yang kemudiannya menyerahkan jersi bola sepak secara peribadi kepadanya

MADRID – Srikandi Palestin, Ahed Tamimi yang ditahan rejim dan menerima kecaman antarabangsa telah menerima penghormatan kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid.

Remaja berusia 17 tahun itu bersama bapanya, Basim Tamimi dijemput ke Stadium Santiago Bernabeu di Madrid di mana dia bertemu bekas penyerang Emilio Butragueno yang kemudiannya menyerahkan jersi bola sepak secara peribadi kepadanya.

Aktivis yang dikenali atas keberaniannya kerana menampar dan memukul tentera rejim di luar rumahnya di perkampungan Nabi Saleh di Tebing Barat kini berada di Eropah untuk siri jelajah.

Ahed dibebaskan dari penjara pada akhir Julai lalu selepas menjalani hukuman penjara lapan bulan.

Jurucakap Kementerian Luar rejim, bagaimanapun menyelar keputusan Real Madrid itu menerusi Twitter dan menyifatkan ia sebagai memalukan. – Al- Jazeera

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *