Home » Langit Terbuka » Suspek liwat pelajar tahfiz berdepan 38 pertuduhan

Suspek liwat pelajar tahfiz berdepan 38 pertuduhan

KUANTAN – Seorang sukarelawan yang juga merupakan suspek kes serangan seksual terhadap pelajar sebuah maahad tahfiz di sini bakal dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Lelaki berusia 41 tahun yang ditahan 12 Mac lalu itu  berdepan 38 pertuduhan termasuk 29 tuduhan dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan  dan sembilan  pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan untuk mendakwa suspek bagi semua pertuduhan itu telah diterima.

“Mengikut pertuduhan itu, suspek yang bekerja sebagai pembantu sebuah pusat pembelajaran  berdepan hukuman penjara tidak kurang lima  tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan bagi setiap tuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *