100 keluarga di Timur Laut disantuni YADIM

PULAU PINANG – Seramai 100 keluarga di tiga kampung di daerah Timur Laut di sini disantuni dalam Program YADIM Peduli pada 27 Jun. Ia bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 menerusi penyampaian barangan keperluan harian. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang itu turut menyantuni 10 keluarga masyarakat Tionghua yang […]

Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Seluruh Negeri Sembilan dijelajahi dalam program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berlangsung pada 27 dan 28 Jun. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan itu mendapat kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah SAR Kelab Sains dan Inovasi Port Dickson (KSIPD), Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Sembilan dan sebuah […]

100 nelayan Besut disantuni YADIM Terengganu

BESUT – Inisiatif menyantuni golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19 di Terengganu diteruskan di daerah ini pada 25 Jun oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Program ini yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Terengganu Utara menyaksikan seramai 100 nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian. Mewakili LKIM dalam program Yadim Peduli: […]

40 asnaf disantuni di Air Merbo

TANAH MERAH – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di negeri ini diteruskan di Air Merbo di sini. Seramai 30 penduduk dari kalangan asnaf yang memerlukan menerima sumbangan YADIM Kelantan dalam satu majlis di kediaman Ustaz Hasan Che Awang. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lawang ini sebelum ini telah banyak bekerjasama dengan YADIM dalam pelbagai […]

Ziarah Prihatin YADIM Perlis

ARAU – Seramai 50 individu dari kalangan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19 di santuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Prihatin yang diadakan pada 23 Jun. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin mewakili YADIM dalam program ini, menyerahkan sumbangan beras dan barangan keperluan harian […]

YADIM Kelantan, Gerakan Prihatin Kuala Krai sampai sumbangan untuk B40, asnaf

KARANGAN – Usaha menyantuni golongan B40 dan asnaf yang memerlukan bantuan akibat Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan di daerah Kuala Krai. Pada 20 Jun, dengan Kerjasama badan bukan kerajaan Pertubuhan Gerakan Prihatin Kuala Krai, sejumlah 107 keluarga di daerah Kuala Krai disantuni mereka. Mewakili YADIM ialah Pengarah negeri, Mejar (B) Zaidi Abd […]

Dua bulan belanja RM190 juta bantu golongan miskin

KUALA LUMPUR – Kerajaan dibawah Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membelanjakan lebih RM190 juta dalam tempoh dua bulan ini untuk membantu golongan miskin meneruskan kehidupan dalam saat genting berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, bantuan itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar […]

SAR Sungai Petani, MRA bantu asnaf Kampung Simpor Besar

SUNGAI PETANI – Sering turun padang dan melibatkan diri dengan pelbagai program bersama badan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi kunci kepada hubungan baik pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan pelbagai pihak di negeri ini. Kerjasama terbaharu mereka ialah dengan Malaysia Relief Agency (MRA) Kedah pada 12 Jun apabila keduanya […]

Tukang gunting rambut disantuni YADIM Kedah

ALOR SETAR – Tukang gunting adalah antara golongan yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu kerana punca pendapatan yang terputus akibat tidak dapat melakukan perniagaan. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 Jun menerusi Program Musa’adah Covid-19, YADIM Peduli telah menyantuni golongan berkenaan. Dalam satu […]

Daging, udang dan sumbangan untuk asnaf Bandar Seri Putra

BANDAR SERI PUTRA – Seramai 150 orang asnaf dari kalangan B40 di sekitar kawasan ini disantuni YADIM dalam program Ziarah Sinar Syawal: Musa’adah Covid-19 pada 22 Mei. Program yang mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra ini turut menyantuni peniaga peniaga kecil yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Kesemua mereka menerima sumbangan wang tunai serta […]