Muslim luar negara dakwa Malaysia negara Islam contoh 

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam yang datang dari negara-negara Islam lain mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh ketika ramai orang Melayu kerap menuduh kerajaan ketika ini tidak mendaulatkan Islam. Jelas Perdana Menteri lagi, di mana-mana juga di luar negara terdapat orang Islam yang pandang tinggi Malaysia sebagai negara Islam […]

Pelajar tajaan JPA terima anugerah tertinggi Pennsylvania State University

PUTRAJAYA – Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. JPA dalam satu kenyataan berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei. “Beliau merupakan pelajar […]

Malaysia kutuk serangan rejim Zionis ke atas Palestin

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang melancarkan serangan bertubi-tubi dari udara dan darat di Gaza sejak Jumaat lepas. Beliau berkata, tindakan rejim itu dikutuk sekeras-kerasnyanya, terutama ketika umat Islam di Palestin dan seluruh dunia sedang mengadakan persiapan untuk menyambut Ramadan. “Kerajaan (Malaysia) […]

Wan Azizah seru jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum dan agama

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan Ramadan sebagai satu medan latihan untuk hormat menghormati di antara kaum dan agama. Beliau berkata, ia termasuklah melatih diri untuk bersabar dan tidak mudah ‘melatah’ apabila berdepan dengan provokasi khususnya di alam siber yang boleh menyebabkan ketegangan […]

Malaysia tidak buka kedutaan di Israel

KUALA LUMPUR – Pendirian Malaysia dalam memperjuang nasib rakyat Palestin adalah konsisten dan pendirian Malaysia terhadap Israel masih tidak berubah iaitu tiada sebarang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. Beliau sekali gus menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mempertimbang untuk membuka kedutaan besar Malaysia di Israel selagi konflik […]

Saya akan menjaga maruah negara selagi hidup

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan tidak akan menyebabkan negara terjerumus ke dalam situasi buruk, hilang maruah dan tujuan selagi beliau masih hidup. Perdana Menteri berkata, beliau sedar mengenai cabaran yang mendatang dan akan sedaya upaya mengatasinya sebaik mungkin. “Malaysia sebagai sebuah negara, sudah melalui pelbagai rintangan sejak kemerdekaan. Saya berada di […]

Malaysia boleh jadi rujukan ilmuan falak dunia

MELAKA – Ilmu falak bukan terhad kepada melihat anak bulan Ramadan atau Syawal sahaja sebaliknya ia bersifat universal yang meliputi semua bidang ilmu termasuk ilmu astronomi. Profesor Kehormat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin berkata, kecemerlangan ahli falak negara mengadakan kajian secara saintifik ‘Hilal’ (anak bulan) menyebabkan Malaysia antara negara Islam […]

Malaysia di landasan tepat jadi hab kewangan Islam antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi hab kewangan Islam global yang terkemuka di dunia dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Beliau berkata, Malaysia mempunyai Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) yang ditubuhkan pada 2010 dengan kerjasama 12 bank pusat sedunia yang fungsinya adalah bagi mempelopori inisiatif […]

Qari, qariah Malaysia juara Tilawah al-Quran Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Qari dan qariah Malaysia, Abdul Khair Jalil dan Nor Farhatul Fairuzah Panut masing-masing diumumkan johan kategori Tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61, malam tadi (20 April). Pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Abdul Khair memperoleh markah 93.02 peratus manakala Nor Farhatul Fairuzah meraih […]

Redzuan promosi produk halal Malaysia di Bosnia-Herzegovina

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan (MED) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof kini dalam lawatan kerja ke Sarajevo, Bosnia-Herzegovina dari 16 hingga 21 April bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Malaysia. Program beliau termasuk penyertaan sebagai ahli panel sesi kedua Forum Perniagaan Sarajevo (SBF) 2019 mengenai Cabaran untuk Kawasan Tenggara – Mengubah penghijrahan bakat kepada […]