Palestin kecewa sikap negara Arab

BAITULMUQADDIS – Palestin menegaskan ‘tidak akan mengiktiraf mana-mana pihak yang bercakap atau berunding bagi pihaknya’ ketika berlangsungnya persidangan pelan damai diketuai Amerika Syarikat (AS) di Manama, Bahrain bulan depan. Amaran itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat. Lapor Jerusalem Post, pentadbiran AS merancang untuk mendedahkan perancangan ekonomi dalam pelan […]

Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin bagi melanjutkan pengajian di 12 universiti terkemuka di Malaysia. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, biasiswa berkenaan ditawarkan kepada pelajar terpilih melalui Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM). “Biasiswa itu membolehkan pelajar Palestin melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsasah […]

Ronaldo derma RM6.26 juta untuk Palestin sempena Ramadan

LONDON – Cristiano Ronaldo memang sering mengundang rasa kagum, bukan hanya kerana kehebatannya bermain bola sepak tetapi juga sikap pemurah dan suka melakukan kerja-kerja amal. Sempena menyambut Ramadan tahun ini, bintang penyerang Portugal itu telah menyumbang AS$1.5 juta (RM6.26 juta) kepada Palestin menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan. Ini bukan kali pertama pemain berusia 34 tahun itu […]

Sedia berdamai dengan Hamas, kata Perdana Menteri Palestin

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata pada Selasa kerajaannya bersedia untuk berdamai dengan Hamas, lapor agensi berita Anadolu. “Kerajaan Palestin dan Pergerakan Fatah bersedia untuk berdamai dengan Hamas,” kata Shtayyeh semasa pertemuan dengan ketua Suruhanjaya Pilihanraya Palestin, Hanna Nasser. “Perpecahan ini menjadi sejarah hitam Palestin, andai perspektif damai dengan Hamas berbeza, biarkan rakyat […]

Krisis semakin memburuk, rakyat Palestin, Syria perlukan bantuan

PULAU PINANG – Rakyat di negara ini diseru melihat krisis akibat peperangan di Palestin dan Syria sebagai isu kemanusiaan yang melangkaui agama sekali gus memerlukan sokongan setiap lapisan masyarakat. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sokongan itu lebih ditagih kini iaitu ketika rakyat di kedua-dua negara tersebut terpaksa menjalani […]

Malaysia teruskan bantuan untuk rakyat Palestin

GEORGE TOWN – Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini. Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta ke hospital-hospital di Gaza. “Kita memang selalu bagi […]

Malaysia kutuk serangan rejim Zionis ke atas Palestin

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang melancarkan serangan bertubi-tubi dari udara dan darat di Gaza sejak Jumaat lepas. Beliau berkata, tindakan rejim itu dikutuk sekeras-kerasnyanya, terutama ketika umat Islam di Palestin dan seluruh dunia sedang mengadakan persiapan untuk menyambut Ramadan. “Kerajaan (Malaysia) […]

Liga Arab ikrar beri RM413.2 juta kepada Palestin

KAHERAH – Liga Arab berikrar memberi AS$100 juta (RM413.2 juta) sebulan kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk menampung kekurangan berikutan sekatan pemindahan cukai oleh Israel pada awal tahun ini. Menurutnya, mereka mengesahkan negara-negara Arab akan menyokong belanjawan Palestin. “Bagi terus bertahan dengan tekanan politik dan kewangan yang dihadapi Palestin,” katanya selepas mesyuarat di sini semalam. Israel […]

Malaysia cari jalan buka pejabat kedutaan di Palestin

KUALA LUMPUR – Malaysia berusaha mencari jalan kemungkinan membuka pejabat kedutaan di Palestin, meskipun sedar ia bukanlah satu perkara mudah, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya usaha itu bukanlah mudah, namun ia penting bagi membolehkan Malaysia terus membantu rakyat Palestin yang sejak berdekad lalu dicengkam kezaliman […]

Kabinet baharu Fatah angkat sumpah

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam, mengangkat sumpah kerajaan baharu diketuai pengikut setia parti Fatah pimpinannya, tindakan ditolak lawannya dari Hamas sebagai tamparan terhadap usaha penyatuan. Mohammed Shtayyeh, seorang pakar ekonomi dan penasihat sekian lama Abbas, akan memegang jawatan Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA) berpusat di Tebing Barat sementara Menteri Luar Riyad al-Maliki […]