Perlis benar solat Jumaat di masjid, tetapi bersyarat

KANGAR – Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini dibolehkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tertakluk syarat ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah jemaah solat Jumaat mestilah terdiri anak kariah termasuk imam dan khatib, dengan tidak melebihi kapasiti maksimum mengikut saiz masjid serta tidak kurang tiga orang […]

80 keluarga PPR Paya Nahu terima sumbangan

KUALA MUDA – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan, semakin ramai yang menerima kesan langsung daripadanya. Prihatin dengan situasi berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama  Kementerian Perpaduan Negara, Pertubuhan Darul Aman Care, dan Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani pada 19 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 80 keluarga di Projek Perumahan […]

Hanya 100 jemaah dibenarkan di masjid, surau Sarawak

KUCHING  – Berdasarkan perkembangan semasa wabak COVID-19 di Sarawak, hanya 100 jemaah dibenarkan solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau dengan mematuhi penjarakan fizikal, kecuali bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak yang dibenarkan maksimum 200 jemaah. Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan memaklumkan majlis pengimarahan seperti ceramah, kuliah, bacaan al-Quran dan Yasin […]

Cadangan supaya surau R&R, pusat beli-belah boleh dibuka semula

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan masjid dan surau di zon hijau serta kuning, menyediakan ruang solat khusus kepada penghantar makanan, pemandu e-hailing dan orang bermusafir untuk menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga mencadangkan surau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan surau di pusat […]

Solat Jumaat diperluas 1/3 kapasiti dewan bagi zon hijau, kuning di WP

PETALING JAYA – Jumlah solat Jumaat diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau bagi zon hijau dan kuning di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Sebelum ini, jumlah jemaah ditetapkan tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat […]

100 bakul kasih PKP kepada komuniti Taman Melawati

GOMBAK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz), telah menyampaikan sebanyak 100 bakul sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di sini. Sumbangan tersebut menerusi program YADIM Peduli: Musa’adah dan Misi Kebajikan PKP diadakan di Masjid Al Hidayah di Taman Melawati di sini dalam satu […]

Majlis agama negeri bantu 6 golongan ketika PKP

KUALA LUMPUR – Lebih RM426 juta bantuan COVID-19 disalurkan oleh pihak majlis agama Islam negeri dan agensi mengurus zakat sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac hingga 27 Julai lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan bantuan berjumlah RM45.653 […]

Kerajaan setuju kurangkan yuran di universiti awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan kadar yuran mahasiswa di universiti awam termasuk bayaran perkhidmatan dan aktiviti sehingga 15 peratus. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambilkira keupayaan kewangan kerajaan dan universiti berkenaan. Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dengan maklum balas yang diterima daripada pelajar, ibu […]

Akad nikah secara fizikal di Selangor mulai Isnin

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan semula majlis akad nikah dilakukan secara fizikal di negeri itu berkuat kuasa Isnin depan (22 Jun) dengan syarat-syarat tertentu. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, majlis akad nikah itu hanya boleh diadakan di masjid atau di pejabat agama Islam daerah dalam kes tertentu yang […]

PKP Pemulihan mulai 10 Jun, rentas negeri dibenarkan

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun ini digantikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini. Perdana Menteri berkata, keputusan melaksanakan PKPP itu dibuat selepas mendapati kadar kes dalam kalangan warga tempatan semakin baik dan terdapat tren penurunan kes. Katanya, lebih banyak kelonggaran […]