80 keluarga PPR Paya Nahu terima sumbangan

0
274

KUALA MUDA – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan, semakin ramai yang menerima kesan langsung daripadanya.

Prihatin dengan situasi berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama  Kementerian Perpaduan Negara, Pertubuhan Darul Aman Care, dan Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani pada 19 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 80 keluarga di Projek Perumahan Rakyat Paya Nahu di sini.

Mereka menerima barangan keperluan harian untuk meringakan beban akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP di seluruh negara.

- advertisement -

Sesuai dengan hasrat menyantuni semua, para penerima juga terdiri daripada keluarga bukan Muslim.

YADIM Kedah diwakili oleh Pengarahnya, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here