Tidak perlu kursus pra perkahwinan ketika PKPB

ALOR SETAR – Bakal pengantin tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebaliknya hanya perlu ditemuduga sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi kelonggaran itu kepada calon suami dan isteri berikutan kursus pra perkahwinan […]

Johor larang baraan marhaban

JOHOR BAHRU – Rakyat di Johor Bahru dinasihatkan tidak menganjurkan atau mengikuti aktiviti baraan marhaban sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata aktiviti seumpama itu memang tidak dibolehkan. Menurutnya, ia sama seperti garis panduan larangan menziarah kubur pada Aidilfitri sepanjang PKPB. “Tidak boleh buat marhaban […]

YADIM Terengganu santuni asnaf perkampungan nelayan di Seberang Takir

KUALA NERUS – “Ada yang seminggu turun ke laut, tetapi hasil pendapatan tidak seberapa, tak lepas pun untuk bayar minyak bot. “Tangkapan juga kurang, sedangkan sekarang sudah masuk musim mencandat sotong,” demikian antara keluhan nelayan yang ditemui dalam Program YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 YADIM Terengganu pada 21 Mei. Sebanyak 10 buah keluarga di perkampungan nelayan […]

Kedah benarkan solat Jumaat dengan 12 jemaah

ALOR SETAR- Semua masjid di negeri ini boleh menganjurkan solat Jumaat sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 22 Mei ini, selain solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal nanti. Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang bagaimanapun menjelaskan kebenaran itu yang diluluskan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah terhad kepada 12 jemaah di masjid saja. “Bilangan 12 jemaah […]

YADIM Kedah santuni Sekolah Agama Zubaidah

MERBOK – Inisiatif turun padang membantu rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 18 Mei diadakan di Parlimen ini. Lokasi pertama program ialah di Sekolah Agama Zubaidiah dengan 20 pek disampaikan kepada guru dan pekerja am. Para penerima amat memerlukan sumbangan memandangkan sekolah bergantung kepada bayaran bulanan daripada pelajar. […]

22 Mei lihat anak bulan

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal di Malaysia adalah pada petang Jumaat, 22 Mei ini iaitu bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Katanya, cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 15 lokasi terpilih oleh […]

10 keluarga terima sumbangan YADIM di Kampung Surau Haji Daud

KUALA TERENGGANU – Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 9 Jun menyebabkan ramai kalangan asnaf di Kampung Surau Haji Daud di sini memerlukan perhatian untuk membantu keadaan mereka. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 13 Mei telah turun padang bagi menyampaikan sedikit sumbangan untuk 10 buah keluarga yang memerlukan di sini. […]

Ziarah hari pertama Raya sahaja

PUTRAJAYA – Hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. Menurutnya, prosedur […]

100 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 9 Jun ini menyebabkan ramai yang menerima kesannya, terutamanya golongan asnaf B40. Cakna dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu bagi menyantuni mereka yang memerlukan di daerah ini pada 11 Mei. YADIM Terengganu telah […]

MAIWP lulus 15,397 permohonan Bantuan Zakat Kecemasan

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kepada 9,000 daripada 15,397 pemohon diluluskan menerusi program Bantuan Zakat Kecemasan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Akbar Samom berkata, MAIWP menerima 23,995 permohonan dan 5,366 masih dalam proses kelulusan, manakala 3,232 gagal kerana tidak menepati kriteria. Beliau berkata, RM5.9 juta […]