Ziarah Mangsa Banjir Bukit Payong

MARANG – Misi ziarah mangsa banjir di negeri ini dilaksanakan pula di Bukit Payong di sini, oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Sebanyak 15 rumah diziarahi oleh YADIM Terengganu yang diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin pada 7 Disember. Mereka turut mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa bencana yang diziarahi. YADIM […]

100 mangsa banjir Kemaman terima sumbangan serta telekung

AIR PUTIH – Daerah Kemaman difahamkan adalah antara kawasan yang teruk dilanda banjir tahun ini. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 4 Disember telah menyalurkan bantuan kepada 100 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih di daerah itu yang terkesan dengan bencana tersebut. Selain barangan keperluan harian, turut disampaikan […]

Selepas 20 tahun, Masjid Wilayah Persekutuan terima karpet baharu

KUALA LUMPUR – Masjid Wilayah Persekutuan di sini, menerima karpet baharu bagi menggantikan karpet lama di dewan solat utama masjid berkenaan yang telah digunakan kira-kira 20 tahun yang lepas sejak awal pembukaan masjid itu. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata proses penggantian karpet baharu yang bernilai kira-kira RM660,000 itu adalah hasil […]

Kempen sasar 200 bakul makanan oleh YADIM Sabah

KOTA MARUDU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 2 Disember telah melancarkan  Kempen Menyumbang Bakul Makanan Untuk Asnaf, Anak Yatim, Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik di masjid At Taqwa di sini. Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Kempen ini […]

200 pemandu teksi, E Hailing terima bantuan

JOHOR BAHRU – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan kepada pemandu teksi. Bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini, seramai 100 pemandu teksi dan 100 pemandu E Hailing dari sekitar bandaraya ini di santuni YADIM Johor pada 29 November. Menggunakan konsep pandu lalu, kesemuanya […]

YADIM Kelantan lawat  keluarga ditimpa musibah

KOTA BHARU – Satu kejadian kemalangan yang berlaku kira kira dua bulan lepas mengakibatkan sebuah keluarga di Bechah Keranji di sini hilang punca pendapatan mereka. Lebih malang, empat beradik menjadi anak yatim apabila bapa mereka, Rostam Mamat maut dalam satu kemalangan ketika perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada 4 Oktober. Kehilangan ketua keluarga yang juga […]

150 keluarga asnaf bakal terima manfaat program YADIM Melaka

BUKIT PALAH – Seramai 150 keluarga bakal menerima manfaat sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka menerusi penganjuran Program Musa’adah Negeri Melaka. Program selama dua hari pada 25 dan 26 November itu akan diadakan di beberapa lokasi seperti Durian Tunggal, Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Serkam dan Alor Gajah. Ia dianjurkan dengan Kerjasama Pertubuhan Gerakan […]

Sumbangan Bakul Makanan Kepada Pemandu Ambulan

KOTA KINABALU – Usaha menyantuni golongan petugas barisan hadapan di negeri ini diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Kali ini pada 23 November, sebanyak 50 penerima, yang terdiri daripada pemandu dan kakitangan pengurusan unit pemandu Hospital Queen Elizabeth di sini menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki. Mereka […]

YADIM Peduli di Jitra

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bekerjasama dengan rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19. Program mereka yang terkini dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah pada 21 November diadakan di sekitar pekan ini. Menerusi inisiatif dalam program Bulan Dakwah 2020 ini, sebanyak 30 asnaf, kebanyakannya muallaf […]

Cuci Cuci dan Musa’aah di Madrasah Al-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah

LUBUK TUPAH – Madrasah Al-Rahmaniah Ad-Diniah di sini menjadi lokasi terkini program Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 19 November. Kawasan dalam dan luar dibersihkan oleh kakitangan YADIM dengan kerjasama pihak madrasah. Selain kerja pembersihan, turut diadakan ialah program Musa’adah YADIM dengan pemberian barangan keperluan harian untuk kegunaan pelajar. Sumbangan disampaikan oleh […]