YADIM – Yayasan Amal raikan 200 komuniti Cina Chow Kit

KUALA LUMPUR –  Yayasan Amal Malaysia, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin telah  meraikan seramai 200 masyarakat cina sekitar Chow Kit di sini bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Sani Kuala Lumpur. Dalam program pada 12 Februari ini, seramai 200 orang kaum Cina Tiong Hua yang sebahagiannya merupakan golongan mualaf menerima angpau […]

SAY Kuala Langat tabur bakti di Kampung Endah

BANTING – Minggu ini menyaksikan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat melaksanakan program menyantuni rakyat mereka di Kampung Endah di sini.  Pada 13 Februruari, bertempat di Masjid Attoyibin di kampung berkenaan, telah dilaksanakan program sumbangan kepada seramai 20 keluarga yang memerlukan.   SAY Kuala Langat yang diketuai Pengerusinya Hasmawi Mahidin hadir ke program ini bersama ahli […]

Sambutan Tahun Baru Cina 2022 YADIM Kedah bersama rakan strategik

KULIM – YADIM Kedah juga tidak ketinggalan dalam meraikan dan menyantuni komuniti Cina di negeri ini sempena sambutan Tahun Baru Cina. Antara program terkini bersama golongan tersebut diadakan pada 12 Februari di Internasional Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC) di sini bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi rakan strategik YADIM Kedah. Mereka yang terlibat ialah  Persatuan […]

Majlis Apresiasi bersama mantan Ikon YADIM

PUTRAJAYA – Dalam satu acara ringkas di sini pada 8 Februari, YADIM mengadakan Majlis Apresiasi Jasamu Dikenang Ikon Dakwah YADIM 2020 – 2021 bagi meraikan seramai lima orang mantan ikon badan dakwah ini. Mereka ialah Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa,  Firdaus Wong Wai Hung, Ustaz Syed Abdul Kader Aljoofree dan […]

YADIM dalam Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Kedah.

ALOR SETAR – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama strategik dengan kerajaan negeri untuk memastikan  pembangunan insan berjalan seiring pembangunan fizikal. Terbaharu pada 7 Februari, badan dakwah ini telah bersama-sama  menjayakan Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah dilantik sebagai […]

Perbincangan gerak kerja dan penyampaian sumbangan SAY Kuala Selangor

TANJUNG KARANG – Sukarelawan YADIM Kuala Selangor pada 7 Februari telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di sini. Selain bertujuan membincangkan hala tuju dan gerak kerja pasukan tersebut sepanjang tahun ini, ia turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan beg sekolah untuk 30 anak yatim yang dikenalpasti memerlukan serta 20 lagi untuk anak anak […]

Ziarah SAY Kuala Langat di Permatang Pasir dan Kelanang

PERMATANG PASIR – Konsisten menyantuni masyarakat yang memerlukan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 6 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di sini dan Kelanang. Bermula dengan aktiviti riadah di Bukit Jugra, SAY Kuala Langat kemudiannya ke Permatang Pasir menyampaikan sumbangan kepadaseorang ibu tunggal dan warga emas di Warung D’jeti pangkalan nelayan di kawasan […]

Sambutan Tahun Baru Cina PPR Desa Rejang bersama Daie Komuniti YADIM

KUALA LUMPUR – Usaha dakwah  tanpa mengira latar belakang sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Sesuai dengan semangat tersebut,Daie Komuniti YADIM pada 6 Februari telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bagi bertujuan  mengeratkan hubungan sesama kaum dan mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada agama Islam. Seramai 60 orang penduduk pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu hadir […]

Komuniti Sijangkang terus terima sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Komuniti memerlukan di Dewan Undangan Sijangkang terus menerima sumbangan daripada Sukarelawan YADIM (SAY)  Kuala Langat. Kali ini pada 4 Februari, 25 keluarga di Kampung Medan,Kampung Sijangkang,Kampung Kebun Bharu serta kawasan taman perumahan seperti Taman Pahlawan serta Taman Jaya Utama menerima sumbangan makanan bermasak dan wang tunai daripada SAY Kuala Langat. Para penerima terdiri […]

Sumbangan SAY Kuala Langat untuk mualaf

TANJUNG SEPAT – Selain anak yatim, golongan miskin dan warga emas, mualaf merupakan kumpulan yang sering disantuni Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat. Program terbaharu bersama mereka ialah pada 30 Januari apabila 15 orang disantuni di sini. Mereka menerima barangan keperluan dapur dan sedikit wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan […]