Mangsa kebakaran Jalan Keretapi Dalam Rhu disantuni YADIM Kelantan

TUMPAT – Diuji dengan musibah kebakaran ketika Ramadan sememangnya menduga kesabaran. Bukan sahaja bulan mulia ini akan dilalui dengan penuh hiba, malah sambutan Syawal tahun ini juga pastinya muram. Namun demikianlah yang perlu dihadapi oleh lima keluarga di sini apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran pada 9 April lalu. Cakna dengan keadaan ini, YADIM […]

SAY Kuala Langat terus prihatin

KEBUN BHARU – Memasuki hari ke 8 Ramadan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala langat terus bergerak aktif menyantuni masyarakat setempat dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur,buah kurma dan sedikit wang tunai kepada anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas. Tidak ketinggalan disantuni ialah sebuah keluarga lima beradik Orang Kelainan Upaya(OKU) di sini. Program pada 10 April […]

“Ini rezeki berganda kami”

SUNGAI BULOH -Si isteri memerhati sepenuh hati… Matanya berkaca melihat suaminya berjalan perlahan dengan ‘kaki’ baharunya. Kelihatan sukar, namun dengan keazaman tinggi kerana mahu kembali mencari rezeki untuk keluarga. Buat kali pertama selepas dua tahun, suaminya berjalan selepas sebelum itu tidak berdaya berbuat demikian. Kaki kirinya sebelum itu dijangkiti kuman dan menjalani rawatan. Pulih daripada […]

15 keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk menghulurkan sumbangan berupa pek makanan siap dimasak setiap Jumaat kepada keluarga yang memerlukan. Pada 11 Mac, seramai 15 keluarga anak-anak yatim, miskin, warga emas dan Orang Kelainan Upaya di sini dan Kampung Medan menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, […]

Masjid Lubuk Periuk terima sumbangan YADIM

HULU TERENGGANU – Masjid Lubuk Periuk, Ajil, di sini yang merupakan masjid angkat kepada YADIM Terengganu pada 11 Mac telah menerima sumbangan wang tunai, kanopi dan 100 naskhah Al Quran sebagai usaha mengimarahkannya. Wang tunai RM1,000, dua unit kanopi sebagai surau mudah alih dan naskhah al Quran tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin […]

“Dua jam air naik 6 kaki”

RANTAU PANJANG – “Air naik cukup laju, dalam tempoh dua jam rumah sudah tenggelam,” ujar penduduk Kampung Lachang yang ditemui ketika program bantuan banjir YADIM pada 5 Mac. Selain hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari, benteng air di kawasan ini yang pecah juga menyebabkan kediaman penduduk dinaiki air hingga enam kaki. Arus air yang […]

Agihan Bubur Asyura SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sempena sambutan Israk Mikraj, Sukarelawan YADIM Kuala Langat dengan kerjasama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang telah mengadakan program memasak Bubur Asyura secara bergotong royong. Program pada 1Mac di perkarangan asrama anak yatim berkenaan, diadakan bermula jam 9 pagi. SAY Kuala Langat diwakili oleh Pengerusinya Hasmawi Mahidin serta ahli jawatankuasanya Abd Malik Zin dan […]

SAY Kuala Langat terus prihatin

SIJANGKANG – Aktiviti terbaharu Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyaksikan pasukan ini menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada 25 keluarga di sekitar mukim ini pada 25 Februari. Para penerima di sekitar Kampung Sijangkang, Kampung Medan dan Kampung Kebun Bharu terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan warga emas. Program ini adalah rutin pasukan ini yang mana […]

SAY Kuala Selangor santuni keluarga mangsa kemalangan.

KUALA SELANGOR – Tidak tergambar kesedihan hati seorang ibu tunggal,  Puan Rohani Othman apabila mengetahui anak kesayangannya terlibat dalam kemalangan pada 14 Februari lalu. Akibat insiden malang itu, Mohamad Noor Shariman Abdul Salim yang menjadi mangsa akibat kecuaian orang lain, telah kehilangan sebahagian kaki kanannya. Cakna dengan kejadian tersebut, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor pada […]

YADIM taja persediaan Inteam ke Syiria

PUTRAJAYA – Sebagai tanda sokongan dan membantu misi ke kawasan bergolak Syria, YADIM pada 14 Februari menaja kumpulan nasyid terkemuka negara, Inteam dengan pemberian pek daging sedia  dimakan. Sumbangan 20 pek daging daging kari, daging masak hitam dan daging rendang itu disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya kepada […]