TH tidak alami kerugian SPV ambil alih aset

KUALA LUMPUR – Tiada kerugian dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam melaksanakan Special Purpose Vehicle (SPV) malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dalam jawaban lisan di Parlimen semalam (14 Mac), menjelaskan aset-aset yang telah dipindahkan terdiri daripada 29 harta tanah, 1 syarikat […]

Jemaah perlu periksa kesihatan sebelum ke Tanah Suci

BANGI – Jemaah haji yang akan menunaikan ibadah berkenaan tahun ini, dinasihat melakukan pemeriksaan kesihatan lebih awal sebelum berangkat ke Tanah Suci. Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH) , Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bakal jemaah perlu melakukan saringan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal sebelum berangkat. Ini kerana, […]

TH bangunkan strategi peruntukan aset baharu, kata CEO

KUALA LUMPUR – Selepas program pemulihan dan penyusunan semula aset yang tidak menunjukkan prestasi baiknya berjaya, Lembaga Tabung Haji (TH) kini merancang untuk membangunkan strategi peruntukan aset baharu, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata TH merancang untuk memperuntukkan semula campuran asetnya, terutamanya aset yang terdedah tinggi kepada risiko, […]

TH tanggung semua subsidi haji, termasuk kes rayuan tahun ini

BANGI – Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi jemaah haji muassasah kali pertama, termasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, keputusan lembaga pengarah TH itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019. […]

Henti sebar berita palsu mengenai Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu kononnya Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Katanya, perkara itu tidak berlaku, malah TH masih kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jelas beliau, TH telah dilemparkan dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa […]

TH kekal dibawah bidang kuasa JPM

PUTRAJAYA – Dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa Lembaga Tabung Haji (TH) dipindahkan kepada Kementerian Kewangan adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. Pejabat Perdana Menteri menegaskan, TH kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan perkara itu tidak berubah dengan pengenalan syarikat tujuan khas (SPV), seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet. “Pemindahan […]

Bakal jemaah haji jangan percaya maklumat dalam WhatsApp

IPOH – Bakal jemaah haji jangan mudah percaya terhadap sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial khususnya yang diterima dalam WhatsApp sebaliknya hanya mendapatkan maklumat rasmi daripada Lembaga Tabung Haji (TH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pada masa sama orang ramai diminta tidak menularkan berita yang tidak betul berhubung […]

TH pertimbang kadar kemampuan pengiring, jemaah rayuan

PARIT BUNTAR – Tabung Haji (TH) akan mempertimbangkan kadar kemampuan bagi pengiring dan jemaah yang berjaya dalam rayuan mereka untuk menunaikan fardu haji daripada membayar kos penuh tanpa subsidi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, setakat ini TH dan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dasar baharu tanpa […]

MOF nafi umrah hanya boleh melalui Tabung Haji

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) termasuk Menterinya, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan umrah melalui Tabung Haji sahaja. Kementerian itu dalam satu kenyataan turut menafikan mengeluarkan kenyataan menghalang agensi pelancongan bebas atau syarikat pelancongan swasta daripada menawarkan dan mengendali pakej-pakej umrah. “Tuduhan yang dilemparkan oleh […]

TH tetap bayar hibah berdasarkan prestasi kewangan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kumpulan itu mampu memberi hibah atau dividen pada 2018 kepada 9.3 juta pendepositnya. Namun, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, mengingatkan pendeposit supaya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. “Jumlah hibah itu akan bergantung kepada prestasi kewangan TH. […]