Program Semarak Ar Rayyan Ramadan

YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Exco Pembangunan Insan Negeri Kedah dan Pertubuhan Kebajikan Wanita Nur Hikmah (HIKMAH) Kedah untuk menghidupkan Ramadan menerusi program Semarak Ar Rayyan Ramadan. Program Semarak Kasih siri 2 telah diadakan pada 18 April 2022 bertempat di Masjid Al Hadi, Bukit Besar. Pengarah […]

Edaran Bubur Lambuk di Masjid Sultan Abdul Halim oleh YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Sebanyak 500 pek bubur lambuk diedarkan kepada penduduk sekitar Taman Ria Jaya di sini pada 16 April oleh YADIM Kedah. Program memasak dan mengagihkan bubur tersebut merupakan inisiatif bersama YADIM Kedah, Masjid Sultan Abdul Halim dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ria Jaya. Hampir 10 petugas bekerjasama menyediakan bubur lambuk ini […]

YADIM Kedah bina jatidiri remaja dalam program Rehlah Insani.

SIK – Golongan remaja dan anak muda adalah generasi yang sangat penting kepada negara, merekalah yang akan mewarisi negara ini suatu hari nanti. Memahami dan menyedari akan kepentingan melahirkan anak muda dan remaja yang cemerlang, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Padang Terap dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap […]

Kursus Profesional Daie Muda anjuran YADIM Kedah

PENDANG – Usaha dakwah terhadap generasi muda sebaiknya dilaksanakan dan disampaikan sendiri oleh golongan berkenaan kerana mereka lebih dekat dan memahami apakah pendekatan dan keperluan generasi ini. Justeru dengan hasrat melahirkan pendakwah generasi terkini, selain menjadi pelapis pendakwah akan datang, YADIM Kedah telah menganjurkan Kursus Profesional Daie Muda bertempat di Pendang Lake Resort di sini. […]

Bengkel Pembangunan Du’at YADIM Kedah

GURUN – Melahirkan pendakwah berkualiti merupakan antara fokus utama YADIM ketika ini. Bagi merealisasikan hasrat ini, YADIM Negeri Kedah telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Pembangunan Du’at di sini pada 18 dan 19 Februari. Seramai 30 peserta terdiri daripada pendakwah muda telah menyertai program 2 hari 1 malam ini. Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Yang […]

Kursus Pemantapan Pendakwah Komuniti 2022

MERBOK – Dalam usaha untuk memastikan gerakan dakwah dalam setiap komuniti di Kedah berjalan dengan lancar dan merealisasikan hasrat melahirkan pendakwah berkualiti, YADIM Kedah telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendakwah Komuniti 2022. Program selaman dua hari pada 11 dan 12 Februari  yang diadakan di Damai Park Resort di sini, telah disertai oleh 50 orang peserta dari […]

Sambutan Tahun Baru Cina 2022 YADIM Kedah bersama rakan strategik

KULIM – YADIM Kedah juga tidak ketinggalan dalam meraikan dan menyantuni komuniti Cina di negeri ini sempena sambutan Tahun Baru Cina. Antara program terkini bersama golongan tersebut diadakan pada 12 Februari di Internasional Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC) di sini bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi rakan strategik YADIM Kedah. Mereka yang terlibat ialah  Persatuan […]

Majlis Pelancaran Rakan Belia YADIM IKBN Jitra

JITRA – Seramai 24 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah dilantik sebagai pimpinan Rakan Belia YADIM (RBY) di institusi berkenaan pada 11 Februari.   Majlis ini dimulakan dengan Tausiyah Kepimpinan yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Pejabat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama, Al-Fadhil Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff, dengan tajuk Kepimpinan […]

Kedah Virtual Fits Challenge.

JITRA – Kesihatan diri seseorang individu adalah penting terutama kepada seseorang pendakwah untuk memastikan gerakan dakwah berjalan dengan lancar. Memahami kesihatan amat penting dalam dunia dakwah, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah telah bekerjasama dengan Pejabat Exco Kesihatan dan Department of Art, Culture and Sports (DACS) untuk menjayakan program Kedah Virtual Fits Challenge. […]

YADIM dalam Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Kedah.

ALOR SETAR – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama strategik dengan kerajaan negeri untuk memastikan  pembangunan insan berjalan seiring pembangunan fizikal. Terbaharu pada 7 Februari, badan dakwah ini telah bersama-sama  menjayakan Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah dilantik sebagai […]