Home » Citra Yadim » YADIM Kedah bina jatidiri remaja dalam program Rehlah Insani.

YADIM Kedah bina jatidiri remaja dalam program Rehlah Insani.

SIK – Golongan remaja dan anak muda adalah generasi yang sangat penting kepada negara, merekalah yang akan mewarisi negara ini suatu hari nanti.

Memahami dan menyedari akan kepentingan melahirkan anak muda dan remaja yang cemerlang, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Padang Terap dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap telah menganjurkan Rehlah Insani 1.0 di D’Puncak Beris Lake Resort di sini bermula 24 hingga 26 Mac.

Lebih dari 40 orang peserta terdiri daripada remaja berusia 13 sehingga 20 tahun telah menyertai program selama 3 hari 2 malam ini. Pelbagai aktivit diadakan sepanjang peserta berada di sini, antaranya Explorace, Pembinaan Kumpulan, Latihan Dalam Kumpulan, Kayak, Kuliah Agama dan  Tahsin Ibadah.

Acara penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan Kedah, Yang Berhormat Dato’ Ustazah Hajjah Siti Aisyah Ghazali.

Hadir bersama dalam program ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Pengerusi Pertubuhan Mahasiswa Islam Padang Terap, Muhammad Fadhli Md Nasyid serta ramai lagi pimpinan masyarakat di Padang Terap.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *