Sumbangan daging korban untuk 100 penduduk Kampung Baru.

KOTA BHARU – Mengambil ibrah dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam kehidupan dan misi dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan telah mengadakan program Yadim Peduli : Nahnu Ma’akum, Majlis Korban Dan Sumbangan Daging Korban dan Barangan Keperluan Asas kepada Golongan Asnaf, Fakir Dan Miskin. Diadakan dengan […]

Cuci Cuci Pasca Covid-19 di Madrasah Darul Ulum

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 19 Julai telah mengadakan program Cuci Cuci Pasca Covid-19 & Musa’adah Covid-19 di Madrasah Darul Ulum di sini. Bermula jam 9 pagi, kakitangan YADIM Kelantan dan pihak madrasah telah sama sama membersihkan tandas, surau, pondok pengajian dan kawasan sekitar madrasah ini. Pengisian lain program termasuklah […]

Musa’adah Covid 19 untuk 50 keluarga Felcra Teratak Batu

PASIR PUTEH – Penoreh getah dan mereka yang bekerja di ladang sawit tidak dinafikan ialah antara yang turut menerima kesan teruk akibat Covid-19. Justeru bagi meringankan beban mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Jun telah menyantuni sejumlah 50 keluarga daripada kedua golongan ini di Kampung Felcra Teratak Batu, di sini. Acara ringkas […]

Ziarah mangsa kebakaran di Sering, Pengkalan Chepa.

SERING – Pada 11 Jun lalu sekitar jam 7.40 malam, sebuah kediaman di Kampung Senang di sini musnah terbakar, dipercayai akibat litar pintas. Kejadian malang itu mengakibatkan Wan Mohd Daud Wan Sulong dan sembilan lagi ahli keluarganya kini terpaksa tinggal berhimpit di dapur kediamannya, memandangkan hanya itu sahaja bahagian rumahnya yang tidak musnah dalam kejadian […]

40 asnaf disantuni di Air Merbo

TANAH MERAH – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di negeri ini diteruskan di Air Merbo di sini. Seramai 30 penduduk dari kalangan asnaf yang memerlukan menerima sumbangan YADIM Kelantan dalam satu majlis di kediaman Ustaz Hasan Che Awang. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lawang ini sebelum ini telah banyak bekerjasama dengan YADIM dalam pelbagai […]

Ziarah mangsa kebakaran Kampung Kota Kubang Labu

TUMPAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 Jun telah menziarahi sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Kota Kubang Labu di sini. Dalam kejadian pada jam 4 pagi 2 Jun itu, Zainab Abd Rahman maut apabila cuba menyelamatkan cucunya yang disangka masih terperangkap dalam rumah yang marak terbakar. Seorang anak Zainab […]

YADIM Kelantan, Gerakan Prihatin Kuala Krai sampai sumbangan untuk B40, asnaf

KARANGAN – Usaha menyantuni golongan B40 dan asnaf yang memerlukan bantuan akibat Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan di daerah Kuala Krai. Pada 20 Jun, dengan Kerjasama badan bukan kerajaan Pertubuhan Gerakan Prihatin Kuala Krai, sejumlah 107 keluarga di daerah Kuala Krai disantuni mereka. Mewakili YADIM ialah Pengarah negeri, Mejar (B) Zaidi Abd […]

Asnaf Kok Lanas disantuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Selepas kali terakhir program menyantuni asnaf di Tanah Merah sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan berkunjung ke Kok Lanas di sini bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19 di sini pada 20 Mei. Sebanyak 60 set sumbangan yang merupakan barangan keperluan harian disampaikan kepada asnaf yang dikenal pasti memerlukan dalam […]

Sumbangan Musa’adah Covid-19 di Tanah Merah

TANAH MERAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan melaksanakan gerak kerja Musa’adah Covid-19nya di daerah ini pula pada 11 Mei. Sumbangan di sampaikan oleh Timbalan  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Ahmad Marzuk Shaary. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdul […]

Musa’adah Covid 19 sekitar Tumpat

TUMPAT – Bagi meneruskan usaha menyantuni rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah turun padang menyampaikan bantuan ke jajahan ini. Seramai 80 keluarga dari tiga kawasan iaitu Kampung Genting, Kampung Kubang Batang dan kariah Masjid Putra, Pasir Pekan menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada YADIM […]