Musa’adah Covid-19 di Ketereh

KETEREH – Selepas menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia dan warga Kota Bharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan melaksanakan gerak kerja Musa’adah Covid-19nya di daerah ini pula pada 28 April. Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kussuma Mamat bersama Penghulu Mukim Dewan, Mohd Nor Mustapha memulakan program di Kampung Dewan di sini dengan penyampaian bantuan kepada […]

Covid-19 : 150 asnaf sekitar Kota Bharu disantuni

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah lebih sebulan dikuat kuasakan akibat penularan Covid-19 nyata memberi kesan mendalam, terutamanya kepada asnaf di sekitar bandar ini. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tampil menghulurkan sedikit bantuan menerusi program Musa’adah Covid 19 pada 22 April. Sejumlah 150 penerima mendapat manfaat dalam program […]

Sumbangan YADIM Kelantan untuk Veteran ATM

KOTA BHARU – Sumbangan anggota tentera kepada negara amat bernilai dan sememangnya wajar dihargai. Justeru bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka, khususnya kepada anggota veteran yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 21 April telah menyantuni golongan ini menerusi pemberian barangan keperluan. Sebanyak 50 pek sumbangan diagihkan kepada veteran Angkatan […]

Ziarah Rahmah PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib pelbagai golongan yang memerlukan di negeri ini. Pada 27 Februari, mereka telah menyantuni seramai 10 keluarga yang memerlukan di Projek Perumahan (PPR) Rakyat Kota Bharu di sini. Diketuai oleh Yang Dipertua YADIM sendiri, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, kesemua […]

700 keluarga di Kelantan terima manfaat sumbangan pasca banjir YADIM

RANTAU PANJANG – Prihatin dengan nasib mangsa pasca banjir di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan berterusan menganjurkan program bagi menyantuni mereka. Menerusi program YADIM Peduli Ziarah Prihatin, 700 keluarga di daerah Jeli, Kuala Krai dan Rantau Panjang yang menjadi mangsa bencana banjir Disember lalu menerima sumbangan barangan keperluan […]

Tolak sikap pelampau agama, perkauman

RANTAU PANJANG – Sikap pelampau agama dan sentimen perkauman perlu ditolak kerana perkara itu boleh merosakkan keharmonian serta hubungan antara kaum yang telah lama terbentuk di negara ini. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut amat tepat kerana pembinaan Malaysia berasaskan kepada jalinan kerjasama antara kaum. “Perkara […]

50 keluarga disantuni YADIM di Selising

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tanpa henti, terus menyantuni golongan kurang bernasib baik di daerah ini menerusi program program ziarah rahmah mereka. Menerusi program berkenaan pada 18 Januari, sebanyak 50 keluarga orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan. Bermula jam 10 […]

Penubuhan SAR daerah daerah Kelantan

KOTA BHARU – Sukarelawan Al Rahmah (SAR), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus melebarkan sayapnya di Kelantan menerusi penubuhan pasukan pasukan SAR di negeri ini. Terbaharu pada 16 Januari, sebanyak tujuh pasukan baharu ditubuhkan di negeri ini yang bertujuan menggalakkan aktiviti komuniti, merapatkan silaturrahim dan menyebarkan rahmah kepada semua. SAR yang telah ditubuhkan tersebut ialah […]

Warga emas lumpuh disantuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan amat sukar menguruskan diri akibat lumpuh separuh badan menyebabkan seorang warga emas di sini tinggal dalam keadaan amat menyedihkan. Kediamannya yang daif dan uzur menambah lagi derita Ismail Mahmud, 76 dari Kampung Langgar di sini yang bergantung harap pada ihsan orang lain […]

Bicara Dakwah Rasulullah Siri 2

KOTA BHARU – Bertempat di Masjid Taman Mesra, Pengkalan Chepa di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan siri ke dua program Bicara Dakwah Rasulullah. Siri kedua pada 26 Disember ini diadakan dengan kerjasama Masjid Taman Mesra, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Annur serta IKRAM Kelantan. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar […]