Bicara Belia Sejahtera YADIM Terengganu di IKBN Kemasik.

KEMAMAN – Meskipun baharu pertama kali bekerjasama, program Bicara Belia Sejahtera anjuran YADIM Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di sini mendapat sambutan amat baik. Program pada 26 September itu disertai 200 pelajar, termasuk yang bukan Islam. Para pelajar memenuhi Dewan Sri Suria, lokasi program diadakan di IKBN tersebut sebelum jam 8.30 malam […]

Kembara Marang Cameron YADIM Terengganu sebar dakwah melalui konvoi motosikal

MARANG – Konvoi bermotosikal sememangnya  menjadi pilihan terutamanya kepada golongan muda hari ini bagi mengisi masa lapang serta hobi. Ia juga jadi semakin menjadi pengisian sesuatu program anjuran pelbagai pihak kebelakangan ini. Peluang ini diambil oleh YADIM Terengganu untuk menganjurkan program Kembara Marang Cameron sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 25 hingga 27 Ogos. Seramai […]

Siri Ke-5 Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman 2022

KUALA TERENGGANU – Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman kini memasuki siri kelima penganjurannya. Kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu di sini pada 17 Ogos dengan seramai 141 orang pelajar menyertainya. Program diisi dengan pengisian ilmu berkaitan pergaulan antara lelaki dan wanita (ikhtilat) serta perkara-perkara berkaitan jatidiri dan akhlak remaja Islam. […]

Sedikit sumbangan tanda kami prihatin

SETIU – Sejak tiga tahun lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Setiu mengalami masalah bekalan air yang kerap berlaku. Jika berlaku di sesebuah kediaman peribadi, ia pasti amat menjengkelkan, apatah lagi jika terjadi di sebuah sekolah yang mempunyai beratus ratus murid! SK Kuala Setiu telah cuba mengatasi masalah ini dengan pelbagai ikhtiar, antaranya memohon bantuan dan […]

YADIM-ILP Marang kerjasama bina jati diri anak muda

MARANG – Kerjasama dalam membangunkan jati diri anak muda di negeri ini antara YADIM dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang diteruskan lagi menerusi program terbaharu anjuran bersama pada 26 Jun iaitu Bicara Dakwah. Program selama tiga jam di dewan ILP Marang itu diisi dengan slot ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, […]

300 penduduk Kuala Terengganu terima manfaat Souq@YADIM

KUALA TERENGGANU – Selepas Sentul di Kuala Lumpur dan Putatan, Sabah, program Souq@YADIM diadakan di daerah ini yang memberi manfaat kepada seramai 300 keluarga. Kesemua yang disantuni ini menerima barangan keperluan dapur seperti ayam, sayuran, bawang dan telur pada program yang diadakan pada 3 Jun ini. Majlis yang sama menyaksikan seramai 30 orang penghantar makanan […]

Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2022 himpun lebih 200 pemimpin

KUALA TERENGGANU – Selepas dua tahun tidak dapat diadakan akibat Covid 19, Hari Terbuka Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terengganu 2022 yang diadakan di sini pada 31 Mei, berjaya menghimpunkan lebih 200 pemimpin badan badan berkenaan. Mewakili 58 NGO yang bergiat aktif di negeri ini, mereka berhimpun dengan permuafakatan antara NGO Islam sebagai fokus utama […]

Musa’adah Irsyad 360″ Bakul Makanan” bersama KKTM Kemaman

KEMAMAN – YADIM Terengganu meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak menyantuni pelajar yang memerlukan di negara ini. Menerusi fokus kerjasama sebagai rakan strategik untuk pelaksanaan program program dakwah bersama Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), seramai 12 pelajar miskin menerima sumbangan bakul makanan dalam program ziarah yang diadakan pada 21 April. Kerjasama dua pihak ini menziarahi pelajar […]

Ramah mesra YADIM bersama ketua ketua Jabatan Pembangunan Insaniah IPG seluruh Malaysia

KUALA TERENGGANU – Program bersama rakan strategik Institut Pendidikan Guru (IPG) di sini diteruskan badan dakwah ini pada 12 Mac dengan pertemuan bersama ketua ketua jabatan institusi berkenaan. Dalam pertemuan ramah mesra bersama 27 ketua ketua Jabatan Pembangunan Insaniah IPG itu, YADIM menerusi Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner telah mengambil […]

Masjid Lubuk Periuk terima sumbangan YADIM

HULU TERENGGANU – Masjid Lubuk Periuk, Ajil, di sini yang merupakan masjid angkat kepada YADIM Terengganu pada 11 Mac telah menerima sumbangan wang tunai, kanopi dan 100 naskhah Al Quran sebagai usaha mengimarahkannya. Wang tunai RM1,000, dua unit kanopi sebagai surau mudah alih dan naskhah al Quran tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin […]