SADAKA bersama DMFK di YADIM

PUTRAJAYA – Bertujuan meningkatkan kompetensi pegawainya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 1 Julai telah mengadakan bengkel ‘Serlahkan Adiwira Dalam Kepimpinan Anda’ (SADAKA) yang menampilkan tokoh motivasi tanahair, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Bengkel setengah hari ini dihadiri oleh pegawai gred 44 dan ke atas YADIM. Antara pengisian Fadzilah dalam bengkelnya ialah ciri-ciri kepimpinan dalam […]

Musaadah Covid-19 di Perak

GUNUNG SEMANGGOL – Perak merupakan destinasi terkini program menyantuni golongan terkesan dengan musibah Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah Gunung Semanggol di sini serta Masjid Istiqlal Taman Mewah, Kamunting, seramai 200 individu dari kalangan keluarga dikenalpasti memerlukan,  disantuni Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik (BPNRS) YADIM pada hari pertama Program […]

Perkongsian pengalaman lapangan bersama Uncle Kentang

PUCHONG – Sesuai dengan hasratmelahirkan pendakwah yang mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat,  Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) didedahkan kepada situasi sebenar dakwah di lapangan. Bertempat di perkarangan Restoran Maju  Utama di sini pada 27 Jun, bermula 10 pagi , seramai 21 pelatih DMY yang turut di sertai 3 penyelaras DMY 2020 telah […]

21 DMY tamatkan kursus Tekno Daie di MMU

CYBERJAYA – Seramai 21 pelatih Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) telah menamatkan kursus Tekno Daie selama lima hari di Universiti Multimedia (MMU) di sini. Kursus bertujuan melahirkan pendakwah muda yang mahir menerbitkan video itu dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama MMU dan TV Al Hijrah bermula 22 Jun. Dalam majlis penutupan […]

Penerima Anugerah Ibu Mithali ketujuh meninggal dunia

KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Ibu Mithali ke 7, Kamariah Alang Mat Nasid, 92, meninggal dunia di sini pada 25 Jun. Berita sedih itu dikongsi Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Shah Mohamad Salleh dalam posting di laman Facebook miliknya. Ahmad Shah yang juga Exco Majlis […]

YADIM, Baitul Sumayyah bantu ibu tunggal Flat Kampung Sungai Koh

MANJUNG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan akibat kesukaran yang berpunca daripada Covid-19, tanpa mengira latar belakang. Pada 24 Jun, bertempat di Flat Kampung Sungai Koh di sini, seramai 30 ibu tunggal dan asnaf yang tinggal di flat berkenaan menerima sumbangan daripada Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM. […]

Wawasan-Mawar YADIM santuni ibu tunggal

SUNGAI BESI – Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia (Wawasan) pada 17 Jun telah menyantuni seramai 30 wanita sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang terkesan dengan musibah Covid-19. Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu telah memberi manfaat kepada wanita yang menjadi ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal […]

SAR Sungai Petani, MRA bantu asnaf Kampung Simpor Besar

SUNGAI PETANI – Sering turun padang dan melibatkan diri dengan pelbagai program bersama badan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi kunci kepada hubungan baik pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan pelbagai pihak di negeri ini. Kerjasama terbaharu mereka ialah dengan Malaysia Relief Agency (MRA) Kedah pada 12 Jun apabila keduanya […]

Muallaf daif disantuni Penyelarasan NGO YADIM

KAJANG – “Terima kasih banyak, semoga urusan YADIM membantu orang ramai seperti saya dipermudahkan,” kata Siti Mariam Abdullah ketika menerima sumbangan Bahagian Perhubungan NGO, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 10 Jun. Siti Mariam atau nama asalnya, Mary anak Rina, yang memeluk Islam pada tahun 2013, tinggal bersama tiga anak dan suaminya di Kampung Sungai […]

RM10,000 untuk Musa’adah Covid-19 YADIM dari surau Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus diberi kepercayaan dan sokongan untuk melaksanakan program Musa’adah Covid-19nya. Terbaharu pada 2 Jun, Surau Ar Rusydan di Bursa Malaysia menyumbangkan RM10,000 untuk tabung Musa’adah Covid-19 YADIM. Satu majlis ringkas penyerahan cek telah dilakukan di Bursa Malaysia di sini. YADIM diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Akaun, Ahmad […]