Home » Langit Terbuka » Tak salah ucap ‘Merry Christmas’

Tak salah ucap ‘Merry Christmas’

Golongan Muslim boleh mengucapkan 'Merry Christmas' kepada orang Kristian, dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya, jelas Mufti Wilayah Persekutuan

PETALING JAYA – Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengucapkan ‘Merry Christmas,” kata Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan itu, perbuatan berkenaan dibenarkan bagi menzahirkan ungkapan tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka.

“Ianya sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu.

“Golongan Muslim boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada orang Kristian, dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya,” ujarnya.

Beliau memetik Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang berpendapat bahawa mengutus salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada golongan bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama.

“Penting untuk kita wujudkan kesedaran mengenai perkara ini agar tak timbul sebarang kekeliruan.

“Hiduplah secara harmoni bersama agama-agama lain,” katanya.

Ia bukanlah kali pertama, malah Dr Zulkifli juga pernah menjelaskan mengenai isu ini sekitar 2016.

Sebelum ini, beberapa kumpulan Muslim konservatif berkata, orang Islam tidak dibenarkan mengucap ‘Merry Christmas’ kepada penganut Kristian. – Mstar

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *