Home » Langit Terbuka » Tunai haji guna wang hafal al-Quran

Tunai haji guna wang hafal al-Quran

Muhammad Alif (kiri) dan isteri bakal menunaikan Haji menggunakan wang hasil menghafal Al Quran. - Foto NSTP

KUANTAN – Seorang pensyarah menggunakan elaun diterima sebagai penghafal al-Quran sejak 10 tahun lalu bagi menunaikan ibadat haji.

Muhammad Alif Zainuddin, 29, yang menghafal 30 juzuk al-Quran, menerima RM3,600 setahun daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang disimpan di Tabung Haji (TH).

Beliau yang bertugas di Jabatan Ilmu Wahyu Islam, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang dekat sini, berkata bayaran itu diterima sebagai imam solat sunat tarawih setiap kali bulan Ramadan.

Bagi tujuan menunaikan (ibadat) haji tahun ini, saya memerlukan RM25,000 kerana membawa isteri, Norafiqah Ghazali, 26, bersama dan semuanya menggunakan simpanan elaun diterima daripada MUIP.

“Tahun lalu, saya ada membuat rayuan kepada TH untuk menunaikan haji bersama ibu tapi tidak diluluskan dan tahun ini, saya dapat ke sana bersama isteri,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau turut terbabit dalam siri ceramah agama di beberapa surau dan masjid di Pahang serta ibu negara.

“Kami akan bertolak ke Tanah Suci pada 14 Julai ini dan terpaksa meninggalkan dua anak berusia tiga bulan dan tiga tahun bersama ahli keluarga lain di Muadzam Shah, dekat Rompin, sepanjang kami di Makkah.

“Saya harap semuanya berjalan lancar sepanjang kami berada di sana dan memperoleh haji mabrur,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *