Home » Citra Yadim » Program Rahmah di Penjara Dusun Dato’ Murad

Program Rahmah di Penjara Dusun Dato’ Murad

MELAKA – Skuad Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan khidmat baktinya ke Ayer Keroh pula.

Kali ini menerusi program Khidmat Bakti Ar Rahmah di Penjara Dusun Dato’ Murad di Ayer Keroh di sini pada 11 Julai ini.

Program dijadualkan bermula jam 10 pagi dengan taklimat Skuad Al Rahmah sebelum kerja kerja pembersihan kawasan Surau Kakitangan Penjara Dusun Dato’Murad dimulakan.

Selesai pembersihan surau dan solat Zohor berjemaah , kakitangan YADIM yang terlibat akan menjalankan aktiviti ziarah dan menyampaikan bantuan asnaf pula.

Seramai 10 orang asnaf di sekitar kawasan penjara dijangka akan menerima sumbangan.

Program kemudiannya disambung pada sebelah malam dengan solat Maghrib berjemaah sebelum Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa akan menyampaikan tazkirah Maghrib bertajuk ‘Surau Rahmah’.

Program ini dianjurkan YADIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *